Komuniti I-Madina boleh berkongsi informasi berkenaan Majlis Rumah Cahaya yang akan diadakan atau yang telah dijalankan secara fizikal mahupun online. Antara pengisian yang terdapat di dalam Majlis Rumah Cahaya adalah seperti alunan Qosidah memuji Rasulullah, alunan Selawat dan juga perkongsian tausiah dari Murobbi/Murobbiah yang membimbing majlis tersebut.
Melalui info Rumah Cahaya ini, para komuniti I-Madina boleh menyertai majlis-majlis Rumah Cahaya yang dianjurkan oleh komuniti I-Madina yang lain. Rumah Cahaya adalah bertujuan untuk melahirkan insan yang mencintai amalan Selawat. Disamping itu ia dapat menjalinkan silaturrahim kekeluargaan dan muafakat dalam masyarakat dan dapat membina masyarakat yang mendapat bimbingan Rohani.



