Program usahawan ini terbuka kepada mana-mana para usahawan di peringkat komuniti I-Madina yang mempunyai perniagaan sama ada secara online mahupun kedai fizikal. Program usahawan I-Madina adalah program yang tepat bagi usahawan melebarkan jaringan kolaborasi dan peluang perniagaan antara usahawan yang berpotensi tinggi atas prinsip saling membantu dan bekerjasama.
Para usahawan dapat membina reputasi dan pengaruh yang baik melalui rangkaian Komuniti I-Madina dan dapat membuka peluang yang baru dalam perniagaan mereka. Para usahawan I-Madina juga boleh memasarkan perniagaan dan produk mereka secara percuma kepada kalangan para komuniti I-Madina yang lain. Secara tidak langsung, ia akan dapat memajukan perniagaan para usahawanI-Madina.



