Komuniti I-Madina boleh berkongsi informasi berkenaan program-program berkaitan komuniti yang dijalankan di kawasan masing-masing. Di kalangan para komuniti I-Madina yang sedia ada sekarang, telah wujudnya pelbagai komuniti di peringkat kampung, daerah dan negeri. Terdapat pelbagai program Komuniti yang dianjurkan. Antara program komuniti yang sedang giat berjalan di bawah I-Madina adalah seperti Majlis Selawat, penganjuran Pasar Komuniti untuk kalangan asnaf dan golongan B40, program santuni anak-anak yatim, ibu tunggal & rumah orang-orang tua. Antara program komuniti yang lain adalah penganjuran kursus-kursus pertanian dan penternakan kepada ahli-ahli komuniti yang berminat.
Tujuan pelbagai program komuniti yang dianjurkan ini adalah untuk melahirkan jiwa masyarakat yang prihatin, saling menyayangi, saling bermuafakat dalam apa jua situasi dan keadaan. Apabila program komuniti setempat ini berjalan dengan baik , maka impaknya pada masyarakat adalah dapat mewujudkan suatu ekosistem kekeluargaan yang bersifat kebajikan, kasih sayang serta keadilan tanpa mengira bangsa dan agama. Selain itu, akan terbinanya kekuatan ekonomi dlm komuniti dan seterusnya akan berlaku perubahan pada masyarakat agar lebih bersifat mandiri serta bijak memanfaatkan segala kekuatan yang ada di sekeliling mereka. Kepelbagaian aktiviti komuniti ini dapat membangunkan sistem ekonomi Islam yang bersifat kebajikan, kasih sayang serta keadilan. Segala aktiviti komuniti ini juga menjurus kepada pembinaan komuniti yang kuat dan seterusnya menjurus kepada pembinaan sistem Islam berteraskan ketuhanan dan kasih sayang.


