Para komuniti I-Madina boleh berkongsi informasi mengenai program-program keilmuan dan kerohanian yang bakal dijalankan. Di samping memberi peluang kepada para komuniti untuk menyertai apa jua program keilmuan dan kerohanian yang dianjurkan. Antara program-program keilmuan dan kerohanian termasuklah Majlis Selawat, Majlis Cinta Rasul, Majlis Zikir dan Tausiah, Majlis Tawajuh, Majlis Maulid Wanita, Majlis Zikir Munajat, Majlis Zikir Perdana, Kem Pemantapan Tauhid Sufi, Suluk @ Kem Pemantapan Rohani serta beberapa pengajian-pengajian ilmu dan pengajian kitab yang dijalankan.
Program-program keilmuan dan kerohanian ini adalah bertujuan agar dapat memberi ilmu Tauhid Sufi yang menjadi asas dan pegangan dalam kehidupan manusia agar jiwa manusia itu kembali mengenal (makrifat) kepada Allah. Program-program yang dijalankan ini juga dapat memupuk jiwa agar hati sentiasa bertaut kecintaan kepada Allah dan Rasul. Apabila hati tersemat dengan tauhid sufi, maka secara tidak langsung ianya akan melahirkan masyarakat yang berjiwa sufi, saling berkasih sayang, saling membantu dan saling prihatin antara satu sama lain dan justeru itu akan melahirkan masyarakat yang sejahtera.

