INFO/PROGRAM KHIDMAT KASIH (BANTUAN KECEMASAN)

I-Madina telah mewujudkan perkhidmatan Talian Khidmat Kasih yang cemerlang dan cekap dalam bertindak memberi khidmat bantuan yang beretika dan profesional. Para komuniti akan menyalurkan bantuan awal kepada ahli di kalangan komuniti yang memerlukan dari sudut keperluan hidup, keilmuan, khidmat nasihat dan bantuan kecemasan sebelum mereka disalurkan kepada agensi-agensi yang berkaitan.

Melalui Talian Khidmat Kasih, para komuniti I-Madina dapat membina jaringan dengan sukarelawan setempat. Secara tidak langsung, ia dapat memberi latihan secara berterusan kepada setiap komuniti agar sentiasa bersedia dengan sebarang bentuk kecemasan dan bencana yang berlaku di sekeliling masyarakat. Dengan wujudnya Talian Khidmat Kasih ini juga, para komuniti I-Madina dapat membentuk nilai hubungan kasih sayang dalam kehidupan bermasyarakat. Ia dapat mewujudkan sifat kebersamaan dalam masyarakat untuk saling prihatin dan saling membantu antara satu sama lain.

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

ms_MY
Scroll to Top