Bantuan kebajikan dan kecemasan dari Komuniti I-Madina disediakan kepada kumpulan sasar yang memerlukan agar ianya dapat meringankan beban di kalangan komuniti yang sedang dalam kesusahan. Ia juga dapat membantu ahli komuniti agar mereka dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan sempurna. Antara bantuan kebajikan dan kecemasan yang diberikan adalah seperti bantuan keperluan asas (makanan asas), bantuan jangka pendek dari sudut kewangan, bantuan pendidikan, bantuan perubatan, bantuan tunggakan kenderaan, utiliti dan lain-lain lagi.
Dengan adanya bantuan kebajikan dan kecemasan ini, ianya dapat meringankan beban ahli komuniti I-Madina yang sedang dalam kesusahan. Melalui bantuan-bantuan yang diberikan, secara tidak langsung ia dapat menyemai nilai kasih sayang dan saling bantu membantu antara satu sama lain.

