Komuniti I-Madina boleh berkongsi informasi serta mendapatkan maklumat terkini berkenaan hebahan program-program NGO/Kelab/Persatuan yang telah atau akan dijalankan sepanjang tahun. Selain itu, para ahli komuniti I-Madina juga turut boleh berkongsi idea dan nasihat berkaitan NGO yang mereka kendalikan.
Melalui maklumat dan informasi yang dikongsikan, para komuniti I-Madina yang terlibat dengan NGO/Kelab/ Persatuan khususnya akan mendapat manfaat dan boleh meneruskan gerak kerja dengan idea-idea baru dalam gerak kerja NGO masing-masing.

